top of page

edisi 1 : Tabiat Rakyat Malaysia yang Menjejaskan Kebersihan Rumah

Rumah yang bersih bukan saja sedap mata memandang, tapi juga penting untuk keselesaan jiran-jiran. Namun, tanpa kita sedar, ada beberapa tabiat harian rakyat kita yang boleh menjejaskan kebersihan rumah.


Jom tengok, mungkin kita pun pernah buat!


1. Tak Tanggalkan Kasut di Pintu

Ramai yang masih suka masuk rumah dengan kasut, kononnya “kejap je nak ambil barang.” Tapi tahukah anda, tapak kasut bawa sekali segala habuk, kotoran, malah bakteria dari luar? Bayangkan semua tu melekat pada lantai rumah, lepas tu kita mengeluh rumah banyak habuk dan penat mengemas.


💡 Tip: Sediakan rak kasut dan selipar khas untuk dalam rumah.


ree

2. Menyimpan Plastik & Kotak Berlebihan

Orang kita memang terkenal suka simpan plastik dan kotak delivery. Niat asal nak guna semula, tapi lama-lama jadi sarang habuk & lipas.


💡 Tip: Setkan minggu keempat sebagai minggu untuk mengitar semula barang-barang dalam rumah. Hadkan bilangan yang kita nak simpan.


ree

3. Makan & Minum di Ruang Tamu

Yang ni saya pun setuju kalau anak-anak masih kecil. Kadang-kadang kita sambil tengok TV, tangan laju capai jajan. Masalahnya, sisa makanan yang jatuh di sofa atau karpet jadi punca semut & lipas datang “berpesta.”


💡 Tip: Hadkan makanan di meja makan sahaja, atau pastikan terus vakum selepas makan di ruang tamu. Paling mudah dengan sediakan penyapu kecil untuk ruang tamu.


ree


Bila Perlu Panggil Profesional?


📞 Hubungi DC CLEAN (𝟎𝟏𝟒-𝟑𝟗𝟔 𝟏𝟒𝟑𝟑) hari ini untuk servis pembersihan rumah anda!

Comments


© 2025 by DC Clean. 

bottom of page