top of page

Kipas Siling – Nampak Bersih, TAPI Penuh Habuk!

Sep 10, 2025
1 min read

Pernah tak bila kipas siling berpusing laju, tiba-tiba habuk berterbangan? Haa... itu tandanya kipas anda dah lama tak dicuci.


Ramai orang hanya bersihkan lantai dan tingkap, tapi kipas siling dibiarkan berhabuk berbulan-bulan. Bila dibiar, bukan je rumah berhabuk, tapi kesihatan pun boleh terjejas!



Kenapa Kipas Siling Perlu Dicuci?


● Kurangkan habuk berterbangan dalam rumah

Bila kipas berhabuk, habuk tu akan tersebar ke seluruh ruang bila berpusing. Ini boleh sebabkan bersin, gatal hidung dan masalah asma.


● Elak habuk jatuh atas makanan

Kalau kipas di ruang makan atau dapur tak dibersihkan, habuk boleh jatuh terus ke dalam lauk waktu makan. Euw!


● Kipas lebih tahan lama

Habuk yang terlalu tebal boleh buat motor kipas cepat rosak dan bunyi bising.


● Nampak lebih kemas & selesa

Kipas yang bersih buat rumah nampak lebih terjaga dan kemas – takde lagi “sarang labah-labah” kat atas tu.



Jangan Tunggu Habuk Berterbangan Baru Nak Cuci!


Hubungi DC CLEAN sekarang untuk servis cuci kipas siling yang selamat & profesional.

Kipas bersih, angin pun rasa lebih segar!







Comments


© 2026 by DC Clean. 

bottom of page