top of page

EDISI 2 : TABIAT RAKYAT MALAYSIA YANG MENJEJASKAN KEBERSIHAN RUMAH

Kadang Bukan Rumah Kita Kotor, Tapi Tabiat Kita Yang “Mengotor”.

Pernah tak rasa rumah cepat sangat bersepah walaupun baru je kemas minggu lepas? Sebenarnya, banyak isu kebersihan dalam rumah berlaku bukan sebab rumah kecil atau tak cukup masa - tapi kerana tabiat kecil yang kita buat tanpa sedar setiap hari.


Mari kita tengok tabiat yang selalu berlaku di rumah-rumah kita - mungkin ada yang ‘kena’ dengan diri sendiri juga!


1️⃣ Sayang Nak Buang Barang Lama

Kotak, baju lama, surat-surat dan barang yang “mungkin berguna suatu hari nanti” — akhirnya tersusun dalam almari dan bawah katil. Tanpa sedar, kita mengumpul habuk dan menjadikan rumah sempit dan tidak teratur.


ree

2️⃣ Tunggu Debu Nampak Baru Nak Lap

Ramai abaikan habuk halus sebab “tak nampak”. Bila dah tebal baru nak bertindak. Sedangkan habuk yang tak nampak itu lah yang paling mudah sebabkan alahan, bersin & asma.


ree

3️⃣ Sapu Sahaja Tanpa Vakum

Ramai memilih untuk menyapu sahaja. Hakikatnya, sapu hanya alihkan habuk, bukan hilangkan. Vakum lebih berkesan untuk sedut habuk halus, bulu kucing dan kotoran halus.


ree

Comments


© 2025 by DC Clean. 

bottom of page