top of page

pernah cuci tilam anda?

Tilam Juga Perlu Dicuci Secara Berkala


Ramai orang rajin bersihkan lantai, bilik air dan dapur, tapi lupa satu benda penting yang kita guna setiap hari - TILAM.


Kita tidur atas tilam selama 6 hingga 8 jam setiap malam. Tanpa sedar, tilam menyerap peluh, habuk, sel kulit mati, bakteria dan hama habuk setiap hari. Inilah yang boleh menyebabkan alahan, gatal-gatal, dan tidur yang tidak lena.


ree

Kenapa Tilam Perlu Dibersihkan?


● Mengurangkan hama habuk dan alahan

Hama habuk suka hidup dalam tilam. Ia boleh menyebabkan bersin, gatal mata dan

masalah pernafasan.


Hilangkan bau hapak dan peluh

Peluh dan kelembapan boleh buat tilam berbau. Cuci tilam akan segarkan semula ruang

tidur anda.


Tidur lebih lena dan selesa

Tilam yang bersih dan segar membantu tidur lebih nyenyak tanpa gangguan.


Jaga kesihatan kulit dan pernafasan

Kotoran dan bakteria dari tilam boleh menyebabkan jerawat badan, ekzema, atau batuk

berkahak.

ree

Berapa Kerap Tilam Perlu Dicuci?

● Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

● Jika ada anak kecil, haiwan peliharaan atau alergi, sebaiknya cuci setiap 3 bulan


Apa Yang DC Cleaning Buat?


Servis cucian tilam kami merangkumi:

● Sedut habuk dan kotoran menggunakan vakum industri

● Cuci dan rawat kesan kotoran seperti air liur, peluh atau muntah

● Guna mesin penyedut air khas untuk cucian basah dan pengeringan

● Semburan antibakteria dan penyahbau

● Proses cepat kering, tidak perlu jemur


ree

Siapa Yang Sesuai Guna Servis Ini?


● Rumah kediaman

● Hotel dan homestay

● Taska dan pusat jagaan

● Asrama dan rumah sewa


Nak Bersihkan Tilam Anda?

Hubungi DC Cleaning hari ini. Kami datang ke rumah anda dan cuci tilam dengan cara profesional dan selamat.

Tilam bersih, tidur pun tenang. Jangan tunggu tilam berbau baru nak cuci!

Comments


© 2025 by DC Clean. 

bottom of page